CETUSAN CINTA PERTAMA MERUPAKAN SUATU GETARAN YANG SANGAT MENGGONCANGKAN JIWA.

Thursday 19 January 2012

Erti Persahabatan...

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri... tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia... tetapi kita sering terlupa akan hal itu, kita cuma mengambil kira dengan harapan dan persahabatan kita. kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.. bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti, kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita. waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? seperti kita,dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. untunglah mempunyai seorang kawan yang sentiasa disisi kita pada waktu kita memerlukan dia. dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan. dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin di kongsi bersama..

  disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu... 






.......SEKIAN.......

:) KALAU KORANG SUKA SAYA PUN SUKA :)

0 comments: